Selamat datang ke persekutuan ini. Anda sepatutnya telah menyertai projek ini di Projek 1Malaysia Travian ,jika belum sila berbuat demikian, sila sertai sekarang untuk usahasama masa depan.
Sebagai panduan dibawah adalah panduan asas yang perlu anda tahu mengenai persekutuan ini. Panduan ini diletakkan disini sepaya senang diubahsuai jika perlu dimasa hadapan. Sila periksa group newsletter dari masa kesemasa untuk perbincangan projek-projek akan datang - TraviantistNoobs. Sila lawati blog ini dari masa kesemasa untuk maklumat terkini dan klik kanan iklan tu dan open in new window sebagai upah saya hehe, timacih.
Menghantar mesej
Anda boleh mengunakan [ally] untuk menghantar mesej, jika tidak boleh, sila maklumkan kepada RainCloud. Anda disyorkan untuk menggunakannya supaya ahli-ahli lain dapat tahu apa yang berlaku. Untuk mesej peribadi boleh menggunakan cara biasa.
Sitter
Anda WAJIB meletakkan 2 ahli persekutuan sebagai sitter untuk kampung. Anda juga WAJIB menjadi sitter untuk 1 ahli lain. Sitter anda bergantung pada taraf kampung anda ketika menyertai persekutuan ini. Maklumkan juga kepada sitter anda dan [ally] tentang perkara ini. Contoh...
- Kampung A
- Kampung anda
- Kampung B
Sitter anda adalah pemilik kampung A dan B dan anda akan menjadi sitter untuk kampung B, jika dibawah sekali, sila maklumkan kepada leader persekutuan. Setting untuk penggunaan gold dsb, terpulang pada anda.
Bantuan sumber
Untuk bantuan sumber, sila ke pasar anda dan cari apa yang ditawarkan oleh RainCloud, beliau sepatutnya menawarkan sumber pada kadar 1:2
Selamatkan askar dan derma sumber
Untuk menyelamatkan askar anda ketika anda masih lemah, anda boleh menghantar askar tersebut sebagai bantuan kepada RainCloud. Sumber berlebihan juga boleh dihantar kepada beliau untuk diagihkan. Ianya lebih baik berbanding dari dirompak oleh orang lain dikampung anda.
Meminta bantuan
Untuk meminta bantuan, sila hantar IGM kepada [ally] dan jangan lupa nyatakan
1. Koordinat anda
2. Koordinat dan nama musuh
3. Kapasiti jelapang dan berapa kapasiti sekarang
4. Bila musuh dijangka akan tiba
5. Jenis serangan - Rompak/Biasa/Bantuan
Sila ambil kira jumlah crop/makanan yang akan dihantarkan oleh pemain lain, uruskan perkara tersebut untuk mengelakkan pembaziran. Jika perlu, hantarkan sumber berlebihan ke RainCloud untuk diagihkan.
Memberikan bantuan
Sebelum memberikan bantuan, sila pastikan tahap makanan/crop kampung destinasi. Jangan hantar crop/sumber terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan dari penerima, askar boleh dihantar terus.
Lain-lain maklumat
Makluman projek diserver lain dan pelbagai lagi akan dipaparkan disini dan didalam newsletter.bergantung pada keadaan.
Diharap dapat sharekan blog ini dalam Facebook dll untuk kawan-kawan lain tengok. Klik jer butang kat bawah nih.
No comments:
Post a Comment